Tarikan pelancong Kota_Padang

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Kota ini terkenal dengan masakan Padangnya, seperti rendang, soto dan sate Padang, dengan Restoran Padang banyak terdapat di seluruh kota besar di Indonesia.

Padang juga dikenal dengan legenda Siti Nurbaya dan Malin Kundangnya. Di bukit Muara, terdapat kubur Siti Nurbaya dengan sebuah jambatan yang juga bernama Siti Nurbaya, manakala di pantai Air Manis terdapat batu Malin Kundang. Lokasi ini agak ramai dikunjungi terutama dari petang hingga malam hari.

Di kota Padang terdapat Universiti Andalas, institut perguruan tinggi tertua di Indonesia di luar pulau Jawa. Ia terletak 15 km dari pusat kota. Kota ini juga merupakan pusat pelabuhan pantai barat pulau Sumatra dengan pelabuhan Teluk Bayur.

Beberapa jam dari pantai Padang ke arah Teluk Bayur terdapat pantai Carolina. Pada waktu petang pantainya kadang-kadang dilawati sekawanan ikan lumba-lumba yang menambah daya tarik pelancong.

Selain itu terdapat juga beberapa pulau berhampiran Padang yang boleh dilawati seperti Kepulauan Mentawai di mana terdapat sukan meluncur air.

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kota Padang.